Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua. Sebelum menulis lebih panjang lagi, saya ingin mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi & tsunami di Sendai, Jepun yang berlaku 3 hari lalu. Buat pertama kalinya, saya dapat melihat melalui video kuasa air laut yang begitu kuat mengheret apa yang terdapat di mukabumi Sendai sekelip mata. MasyaAllah! Sungguh mengerikan dan menginsafkan saya akan kekuasaan Allah. Apapun, harap mangsa-mangsa gempa bumi & tsunami tabah dan sabar menghadapi malapetaka ini.
Sewaktu, malapetaka ini menimpa rakyat Jepun di Sendai, saya di bengkel cuba menyiapkan French Macarons untuk dibuat penghantaran pada hari Sabtu yang lalu. Membuat French Macarons dimusim hujan memang merunsingkan saya. Sebabnya, Macarons saya tidak mahu kering dalam masa yang diperlukan..dan bila masa terlebih berbagai kemungkinan akan berlaku yang merosakkan "kejelitaan" french macarons. Sememangnya makanan ini adalah makanan yang paling cerewet untuk disediakan
dan saya terjebak!
Sebelum itu saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para blogger malaysia yang telah memberi feedback yang baik pada French Macarons Piqa Bakery. Antaranya ialah:
http://www.eyriqazz.com
http://littlemamadiary.com
http://dietdressdance.blogspot.com
http://tulipmalam.blogspot.com
Sekiranya anda yang membeli mempunyai komen, sila email pada saya untuk dibuat penelitian dan seterusnya dibuat improvement lagi. Terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan.
Okay, sebenarnya saya nak cerita tentang membuat macarons pada musim hujan..uwaaaaaaa..(nangis dulu baru cerita)..
..2 minggu kebelakangan ini cuaca di tempat saya agak mendung..kalau masa saya sedang membuat kek lapis..hmm..best banget..(sebab sejuk cket...panas oo..mengadap oven dekat 2jam!)..tapi bila membuat French Macarons..saya maukan cuaca yang panas dan kering sebab French Macarons memerlukan udara yang panas bagi tujuan pengeringan..Jadinya saya membuat beberapa eksperimen..hasilnya..agak sedih

Hasil ujikaji dengan mengeringkan Macarons di dalam oven bersuhu 40c..selamat 20 minit..FAILED!
Setelah meneliti keadaan Macarons yang saya cuba keringkan di dalam oven masih dalam keadaan lembab..saya terfikir, mungkin disebabkan kepanasan bertutup di dalam oven menyebabkan macarons yang saya kerana ber'kuap'..Jadi saya tukar cara pulak..

Saya buka pintu oven yang saya sudah panaskan, dan kemudian saya tutup apinya. Jadi, bila dibuka pintu oven, kepanasan akan keluar..ya! masa untuk berjemur ya Macarons!..Alhamdulillah..saya sudah dapat solution untuk masalah saya..Alhamdulillah!!

Lega betul hati saya
. Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab saya sudah jumpa solution untuk masalah saya ini.
Macam mana pun, debaran tetap ada bila membuat macarons pada musim hujan..anything can happenkan. Bagaimanapun, hari ini saya masih lagi menggunakan kaedah yang sama kerana cuaca yang agak lembap kerana malam semalam hujan. Syukur.
Okay, itu aje buat hari ini..kalau sempat saya update pasal Macarons Tower pulak. Singgah lagi ye..