|
Workshop Roll Lapis Sarawak (Perseorangan) |
|
Monday, 08 February 2010 |
|
Tempat: Piqa Bakery, Klang
Yuran perseorangan : RM600.00/seorang
• Makanan tengahari disediakan
• Percuma Pengukur Kek Lapis 4 Saiz
• Percuma Pisau Pemotong & Percuma 4 pewarna kek lapis
• Sijil Kehadiran dari Nomie's Cakes by Piqa Bakery
Peserta: 5 orang sahaja (Maksima)
Jam: 10:00 pagi - 5:00pm
Berminat? Perkara yang perlu dilakukan:-
1. Buat pengesahan pembayaran RM50.00 kepada Juraiza bt Abdul Aziz,
Maybank : 512213050616 untuk pengesahan kehadiran
2. Emailkan detail pembayaran & keterangan diri
3. Pengesahan pembayaran akan dibuat melalui email atau SMS. Sila hubungi saya di talian 016-2951473
atau melalui SMS ye.
4. Update akan dibuat di ruangan jadual Kalendar Aktiviti
5. Baki pembayaran boleh dibuat sebelum kelas atau pada hari kelas diadakan.
JADUAL WORKSHOP ROLL LAPIS SARAWAK
OLEH
NOMIE AZIZ
(www.keklapis.com)
10:00 am
Pengenalan Diri
10:10 am – 10:20 am
Mengenali & Memahami Resipi & Peralatan Membuat Roll Lapis
10:20 am – 11:30 am
Teori & Konsep Roll Lapis Sarawak
11:30 am – 12:00 pm
Cara Mengadun Inti Roll Laps
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar
12:00 pm – 1:00 pm
Cara Mengadun Kulit Roll Lapis Sarawak
1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari
2:00 pm – 4:00 pm
Hands on Membuat Corak Roll seperti berikut
1. Berlian
2. Mozek
3. Kincir Angin
4. Baju Kurung
5. Bunga Tulip
6. Bunga Matahari
|
|
Silibus & Jadual Workshop Roll Lapis Sarawak |
|
Saturday, 06 February 2010 |
|
Tempat: Piqa Bakery, Klang
Yuran: RM180.00 seorang/5 pax
Yuran perseorangan : RM600.00/seorang ** Silibus berbeza
• Makanan tengahari disediakan
• Percuma Pengukur Kek Lapis 4 Saiz
• Percuma Pisau Pemotong
• Sijil Kehadiran dari Nomie's Cakes by Piqa Bakery
Peserta: 5 orang sahaja (Maksima)
Jam: 10:00 pagi - 5:00pm
Roll Lapis Yang akan dipelajari di dalam workshop Roll Lapis Sarawak:-)
1. Roll Lapis Cinta Tiga Segi
2. Roll Lapis Mozek
3. Roll Lapis Kincir Angin
4. Roll Lapis Pelangi Berlian
Demo Roll
1. Roll Lapis Baju Songket
2. Akan dimaklumkan dalam workshop
3. Akan dimaklumkan dalam workshop
JADUAL WORKSHOP ROLL LAPIS SARAWAK
10:00 am
Pengenalan Diri
10:10 am – 10:20 am
Mengenali & Memahami Resipi & Peralatan Membuat Roll Lapis
10:20 am – 11:30 am
Teori & Konsep Roll Lapis Sarawak
11:30 am – 12:00 pm
Cara Mengadun Inti Roll Laps
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar
12:00 pm – 1:00 pm
Cara Mengadun & Membuat Kulit Roll Lapis Sarawak
1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari
2:00 pm – 4:00 pm
Hands on Membuat corak 4 saiz pengukur untuk Roll Lapis Sarawak
Roll Lapis cinta Tiga Segi
Roll Lapis Mozek
Roll Lapis Kincir Angin
Roll Lapis Kristal Pelangi
4 jenis Roll dibuat sendiri oleh peserta dan untuk dibawa balik.
4:00pm - 5:00pm - Roll Lapis Baju Songket & 2 Roll Lapis Corak Terbaru
|
|
Silibus & Jadual Workshop Kek Lapis For Beginner |
|
Saturday, 06 February 2010 |
|
Workshop Kek Lapis for Beginner
(RM150.00/seorang/berkumpulan 4 orang)
(RM500 kelas persendirian)
- Kek Lapis Oreo (Butter Cake Method)
- Kek Lapis Evergreen (Sponge Cake Method)
- Kek Lapis Coklat (Butter Cake Method)
- Kek Lapis Asam Manis (Sponge Cake Method)
 

JADUAL WORKSHOP KEK LAPIS FOR BEGINNER
10:00 am
Pengenalan Diri
10:10 am – 10:30 am
Mengenali & Memahami Resipi & Method Kek Lapis
10:30 am – 1:00 pm (Kek Lapis Oreo & Kek Lapis Asam Manis/Prune)
Cara Mengadun Adunan Kek Lapis
Cara Membahagikan Adunan
Cara Mewarna Adunan
Cara Membakar
1:00 pm – 2 :00 pm
Rehat Solat & Makan Tengahari
2:00 pm – sehingga selesai
Peserta akan membuat sendiri kek lapis dengan pengawasan tenaga pengajar.
1. Kek Lapis Coklat
2. Kek Lapis Evergreen
|
|
Kursus Frozen Food Anjuran MARA Klang |
|
Thursday, 04 February 2010 |
|
Salam semua..
Rasanya minda ini masih letih kerana terkena food poisoning pada hari selasa hari itu. Memang meletihkan dan menyiksakan sekali. Sesekali terkena sakit seperti ini..memang terasa Nikmatnya SIHAT. Alhamdulillah, diberikan kekuatan kembali oleh yang Esa untuk meneruskan kehidupan yang penuh suka duka ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah..syukur pada Allah.
Itulah, kita merencana, Allah yang menentukan. Hari Isnin, hati ini rasa syok banget sebab akan attend course frozen food anjuran MARA Klang di Shah Alam. Yuran sudah dibayar..yes..here I come!..tup2, hari Selasa tak sihat banget pulak..hati berbelah bahagi, nak pergi, tak pergi, nak pergi , tak pergi..Alhamdulillah hari Rabu semakin okay, kecuali adakalanya angin memulas itu datang menyerang. Dengan izin Allah, dapat beli ubat pill herba cina yang terkenal itu..rasa sakit angin menyerang makin kurang..dan boleh lah saya meneruskan course ini dengan hati sedikit tenang.
Tenaga pengajar yang mengajar ialah En. Mohd Isa bin Edrus dari E'Sir Enterprise.
Beliau merupakan graduan dari universiti di timur tengah. Sanggup berhenti kerja untuk meneruskan minat beliau ini dan dijadikan sebagai sumber pendapatan. Siapa kata orang kita tidak bersungguh-sungguh kan?
Terdapat 3 peserta lelaki dalam kursus ini. So, tidak ada yang mustahil kan? Minat mengatasi segalanya.
Ok, ini sessi menguli roti canai & roti boom.
Ini pula karipap yang telah siap sedia untuk digoreng
ini karipap pusing yang telah digoreng dan ada yang karipap yang murah senyumannya
Ini sessi menebar roti canai..bersungguh betul abang ni kerjakan roti canai dia
ni nak show off cket..roti canai pertamaku..  ..kena gelak kuat dek kawan-kawan..hahaha..takper..need to practise more and more..anak-anak, siang malam, kita makan roti ranai cicah sardin ye ..hehehe
Okay, itu aje kali ini..saper yang berminat nak join course MARA, boleh pergi ke Pejabat MARA Daerah yang berhampiran tempat anda. Jumpa pegawai berkenaan untuk mendapatkan info ya. Terima kasih pada Cik Huraizah Pegawai Mara Daerah Klang & Team beliau.
Okay, jumpa lagi..insyaAllah..and cheers!
|
|
Workshop Kek Lapis For Beginner 31 Jan 2010 |
|
Sunday, 31 January 2010 |
|
Salam semua, hari ini nak update workshop yang diadakan semalam Ahad 31 Jan 2010. Kali ini 6 orang peserta telah berjaya menyiapkan 6 biji Kek Lapis. Dari sebelah kiri, Izan, Kak Niza, Kak Sharifah, Mayuza, Rifqah & Zafrena.
Pada sebelah pagi, saya menunjukkan cara-cara membuat kek lapis, Sebanyak 3 biji kek lapis yang berjaya disiapkan pada waktu pagi. Sebelah petang, peserta di bahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan menyiapkan sebiji kek lapis. Kali ini saya tak sempat nak ambil gambar semasa proses mengadun di adakan. Hanya gambar-gambar yang sempat saya simpankan dalam memori kamera saya:-)
Kek Lapis Oreo, Kek Lapis Asam Manis & Kek Lapis Prune
Kek Lapis Coklat yang dibuat oleh Mayuza & Rifqah
Kek Lapis Horlicks & Milo ini dibuat oleh Zafrena & Izan
Kek Lapis Evergreen - gambar saya tak sempat ambik. Tapi kek yang terhasil cantik pada pandangan mata saya. Para peserta yang ada gambar ini, tolong forwardkan pada saya ya. Kek Lapis ini dibuat oleh Kak Niza & Kak Sharifah.
Keseluruhan saya lega bila workshop ini selesai..  .
Kepada para peserta, saya ucapkan selamat maju jaya dan halalkan yang terkurang dalam workshop ini ya.
Nota: Saya ada membuat demo untuk French Macaron, tapi kali ini gambar tak sempat nak ambik dan kualiti macaron terhasil kurang memuaskan hati saya...akan saya teruskan siasatan CSI saya terhadap kuih kecik ini.
Okay, jumpa lagi, take care & Cheers to everyone.
|
|
|
Kek Lapis For Beginner 24 Jan 2010 |
|
Monday, 25 January 2010 |
|
Salam semua! Tak dapat nak tulis banyak-banyak kesihatan kurang memberansangkan.
Hari Ahad 24 Jan 2010, 5 peserta telah berjaya menghabiskan masa mereka belajar membuat kek lapis for beginner. Sebanyak 5 biji kek lapis yang terhasil, kerana terdapat 5 orang peserta yang hadir.
Dari kiri Kak Lia dari PD (tapi orang utara dia ni..), Kak Norlie dari Seremban (tauke biskut - sedap biskut dia ni, sebab pakai pure butter), Yatie dari Melaka tapi orang KL, Watie dari KL (adik ipar yatie) and anak buah Kak Lia - Shikin (Single & available not sure ;-)
Ini gaya shikin melayangkan adunan kek lapis.
Kak Lia asyik mengatur asam manis
Ini kek yang terhasil - Kek Lapis Oreo
Kek lapis Evergreen
Nota: Gambar-gambar di atas adalah sumbangan Puan Yatie ye. Terima kasih Yatie ;-)
Kek Lapis Coklat
Kek Lapis Yang terhasil pada sessi pagi.
Harap para peserta dapat membuat kek lapis anda sendiri. InsyaAllah, berkat usaha datang belajar, ada timbal balasnya dan sememangnya Usaha Itu Tangga Kejayaan.
Itu sahaja ya..lenkali kita sambung ye.
Ups..lupa pulak..petang semalam diaorang dapat bawak balik Purple French Macaron ;-) Layan gambar ye.
|
|
|
Workshop Kek Lapis For Beginner |
|
Monday, 18 January 2010 |
|
Alhamdulillah,
Kelmarin sudah dapat menyempurnakan workshop Kek Lapis for Beginner. Hanya 3 orang yang berjaya menghadirkan diri (sorang lagi tak tau apa statusnya ).
Disini nak ambik kesempatan untuk mengumumkan bahawa Workshop Kek Lapis Sarawak for Beginner mempunyai pertambahan kelas pada bulan Jan 2010 ini iaitu pada 31 Jan 2010 ini. Masih terdapat 3 seat lagi yang available. Berminat, sila email saya dan buat pembayaran pengesahan kehadiran sebanyak RM50.00. Saya terpaksa memberi keutamaan kepada yang telah membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Okay, kita layan gambar di dalam workshop ini ya. Kepada para peserta, sila keep in touch dengan saya..jangan malu2 dengan saya, jika anda mempunyai masalah semasa membuat kek lapis ini.
Norah, Eija & Atun.
Eija menghandle loyang yang berisi kek lapis.
Norah membakar kek lapis evergreen dari mula hingga selesai!
Masing-masing sibuk dengan adunan keklapis masing-masing
Okay ini kek yang terhasil:)
Lapis Coklat
Lapis Asam Manis (ada cket masalah dengan kek lapis asam manis ni..tapi bila dah disejukkan, dah ok)
So, para peserta take note apa yang telah diperkatakan dalam workshop semalam ya.
Lapis Evergreen
Lapis Oreo
Macaron? - Dibuat di dalam workshop kelmarin, kerana terdapat bahan yang telah sedia ada di bengkel.
(Demo percuma untuk Kek Lapis for Beginner..dan dibawa balik..)
Okay, itu aje buat hari ini ya. Salam and take care everyone!
|
|
|
Nomie's New Blog & Wedding Cakes |
|
Saturday, 09 January 2010 |
|
Salam,
Just nak inform, saya baru berjaya membuat blog baru :- www.jomkitabuatsendiri.blogspot.com. Untuk resipi yang pertama yang tunjukkan Langkah Demi Langkah - Kek Carrot Azizah Ariffin yang dipopularkan oleh Kak Anis Amir (Penang).
Kek Carrot
Kat bawah adalah projek minggu ni..
Bahagian Bawah Kek - Kek Lapis Oreo
Bahagian Atas - Kek Lapis Belgium Dark Chocolate
Saat Yang Mendebarkan...pasang tiang kek guna gelas
Selamat Pengantin Baru buat Fariz & Pasangannya..
Ini Kek kawin untuk Yati - Anak Angkat Ibu Mertuaku. Dalam Kek Buah
Ini dari pandangan dari tepi - layanz..
Saya gunakan fondant yang dibuat sendiri..lega betul bila dapatkan siapkannya!
|
|
|
Thursday, 07 January 2010 |
|
Salam semua!
Hari ini saya akan berbicara mengenai Lepa Susu. Dibawah adalah hasil dari vote bagi "Apakah itu Lepa Susu"
50.7% dari 67 pengundi menjawap sama seperti mentega
37.3% dari 67 pengundi menjawap gabungan Mentega & Marjerin
10.4% dari 67 pengundi menjawap sama macam marjerin
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai Lepa Susu? Mungkin ada antara kita yang belum mengetahui apakah itu lepa susu. Dari laman web www.keklapis.com hanya 37.3% menjawap dengan betul iaitu gabungan mentega & marjerin dan selalunya bila saya menerangkan apakah itu lepa susu di dalam workshop saya, hampir 70% tidak dapat menggambarkan apakah itu lepa susu.
Lepa susu merupakan campuran mentega & marjerin dan kemudian diperkayakan rasanya.
Apakah itu Mentega?
Mentega diperbuat dari Lemak Susu dari lembu, Air & Garam (ada juga yang tidak bergaram). Masih kabur? Okay sekadar menyebut beberapa jenama seprti Golden Churn, SCS, Fern dan sebagainya. Ingat tak? Okay, Mentega juga dipanggil Pure Butter ataupun Pure Creamery Butter. Kita lihat kandungan Mentega dengan membuat rujukan kepada Anchor Pure
New Zealand Butter mengandungi Cream, Water and Salt dan keseluruhannya
tidak ada campuran minyak kelapa sawit didalamnya. Harga pasaran bagi produk mentega ini berbagai dan bermula dari harga RM4.90 bagi satu ketul mentega yang mempunya berat 250gram dan boleh menjangkau RM11.00 bagi 200gram bagi satu-satu jenama seperti President dan sebagainya.
Apakah itu Marjerin?
Marjerin diperbuat dari Minyak Kelapa Sawit dan kemudian diperkayakan dengan rasa mengikut jenama
yang berada di pasaran. Antara jenama yang terkenal di Malaysia ialah Planta, Daisy dan banyak lagi. Harganya bermula dari RM4.50 bagi 1kg sehinggalah RM8.00 bagi 1kg.
Apakah itu Lepa Susu?
Okay, melihat perbezaan harga yang ketara antara Mentega & Marjerin, maka untuk memberi pilihan kepada pengguna maka Lepa Susu dibuat. Brand Lepa Susu yang berada di Malaysia ialah Buttercup, Buttermaid, Farmcows dan sebagainya. Anda hanya perlu melihat kandungan dibelakang bungkusan lepa susu tersebut untuk mengesahkan ia adalah Lepa Susu.Okay, mari kita tengok apa yang tertulis pada belakang tin Lepa Susu jenama Buttercup - Minyak Kelapa Sawit, Minyak Isirong Kelapa Sawit, Garam, Lesitin Soya,Lemak Susu Tulen dll. Harga lepa susu lebih murah dari mentega tetapi lebih mahal dari Marjerin.
Bagi pengusaha bakeri, faktor penggunaan bahan ini merupakan kos yang paling tinggi sekali dalam pembuatan kek. Justeru itu, tidak hairanlah jika terdapat pengusaha bakeri yang menukarkan bahan ini kepada bahan yang lebih murah untuk menjimatkan kos pembuatan dalam bakerinya. Oleh itu, tidak hairan juga, tidak terdapat pengusaha yang tidak dapat mengurangkan harga hasil bakeri mereka kerana kos-kos pembuatan yang tinggi disebabkan kandungan bahan yang mahal ini.
Para peminat hasil bakeri semestinya mengetahui akan perbezaan rasa hasil bakeri yang menggunakan pure butter, lepa susu ataupun marjerin. Selalunya hasil bakeri yang diperbuat dari marjerin atau lepa susu tidak mempunyai rasa yang begitu mendalam seperti mentega dan ia juga memberi struktur kek yang berlainan dari segi kelembapan dan kepadatan.. Bagaimanapun, ia terpulang kepada kegemaran individu itu sendiri
Okay, itu sahaja buat hari ini ya. Sehingga ketemu lagi ya.
|
|
|
Workshop Kek Lapis for Beginner (Baru!) |
|
Wednesday, 30 December 2009 |
|
Salam semua,
Selamat Tahun Baru 2010! Alhamdulillah dan InsyaAllah, Piqa Bakery akan mengadakan workshop secara berkumpulan (4 orang) bagi
Workshop Kek Lapis for Beginner (RM150.00/seorang)
Kek Lapis yang akan dibuat adalah seperti dibawah:-
Kek Lapis Oreo (Butter Cake Method)
Kek Lapis Evergreen (Sponge Cake Method)
Kek Lapis Coklat (Butter Cake Method)
Kek Lapis Asam Manis (Sponge Cake Method)
17hb & 24hb Januari 2010 (Ahad)
Jam : 10 pagi sampai habis
(Lunch disediakan)
Percuma: Pewarna Kek Lapis (4 warna)
Sijil Kehadiran diberi kepada peserta yang hadir.
Kek Lapis Coklat
Coklat yang digunakan adalah Coklat Couverture @ Real Chocolate
Kek Lapis Asam Manis
Menggunakan Method Sponge Cake. Cake yang terhasil lembut dan moist.
Kek Lapis Evergreen.
Berminat? SMS saya di 016-2951473 untuk pengesahan kehadiran ya. Bayaran Deposit dikenakan sebanyak RM50.00 sebagai pengesahan kehadiran.
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 Next > End >>
|
| Results 1 - 15 of 86 |